header
  • banner


    KALENDAR
  • Kalendar Kursus Kakitangan
         September 2017     
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
         12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
           
    Makluman
  • Apa itu u-Library

    Written by admin@pahanglibrary.gov.my

    Wed, 27 Oct 2010

    PPAP merupakan salah sebuah perpustakaan yang menjadi ahli konsortium u-Library, iaitu perpustakaan melaksanakan / memberikan perkhidmatan u-Library. Justeru,  Semua kakitangan diminta mengemaskini pengetahuan mengenai u-Library, bagi memastikan semua bersedia memberi penjelasan yang tepat kepada masyarakat mengenai u-Library

    Apa itu u-Library?
    u-Library merupakan akronim kepada Ubiquitous Library atau Perpustakaan Ubiquitous. Ubiquitous membawa maksud, bila- bila masa di mana sahaja.

    Perpustakaan Konsortium
    u-Library dianggotai oleh 7 buah perpustakaan di Malaysia iaitu:

    • Perpustakaan Negara Malaysia
    • Perpustakaan Awam Pahang
    • Perpustakaan Awam Selangor
    • Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    • Pustaka Negeri Sarawak
    • Perpustakaan Kuala Lumpur
    • Perpustakaan INTAN Kuala Lumpur
    manakala agensi lain yang turut menjayakan adalah:
    • Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia
    • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
    • MAMPU
    • EPU
    Bagaimana tercetus u-Library
    u-Library merupakan komponen di bawah Inisiatif Jalurlebar Kebangsaan bagi menggalakkan penggunaan jalurlebar di kalangan masyarakat melalui kandungan tempatan dan pembudayaan ilmu pengetahuan di mana- mana dan bila- bila masa!

    Komponen u-Library
    • Infrastruktur - Komponen ICT, Jalurlebar, komponen RFID (Radio Frequency Identification)- meliputi Stesen Kaunter, Tagging, Kiosk Pelbagaiguna, Gelongsor Buku
    • Infostruktur - Portal, Pangkalan Data
    • Perkhidmatan - Penghantaran (Pos Laju), Cashless Payment (MePS & Touch n Go)
    Aliran Proses u-Library:
    1. Pendaftaran Keahlian*
    2. Verifikasi akaun melalui emel
    3. Tempahan bahan perpustakaan (7 perpustakaan) secara online*
    4. Penghantaran bahan perpustakaan yang dipinjam melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui*
    5. Pemulangan semula bahan ke perpustakaan melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui *

    * Mengikut terma & syarat serta polisi u-Library
    Maklumat lanjut mengenai u-Library, sila layari www.u-library.gov.my/portal